Rabu, 05 Maret 2014

Chelsea Terus Mara Biarpun Tewas 1 0 Di Basel


BASEL – Chelsea layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara biarpun kecundang 1-0 di Basel awal pagi tadi selepas jaringan lewat menerusi Mohamed Salah mencetuskan kemenangan untuk tuan rumah.

Jurulatih Chelsea, Jose Mourinho berkata, pasukannya “tertidur” ketika melepaskan gol pada minit ke-87 pada ketika mereka gagal menemui sasaran.

“Perkara positif tunggal kini ialah kita mara tapi bukan kerana keputusan. Mereka menang kerana kita tidur tapi juga mereka adalah pasukan lebih baik dan berhak menang,” katanya.

Chelsea kini meraih sembilan mata dalam Kumpulan E diikuti Basel lapan dan Schalke tujuh selepas skuad Jerman itu seri tanpa jaringan pada perlawanan
di Steaua Bucharest. – AP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar