Rabu, 09 April 2014

4 Cara Optimum Keyword Dalam Entri

belajar keyword
Apa Itu Keyword


Anda inginkan trafik yang tinggi!

Anda inginkan entri anda berada di kedudukan yang terbaik di enjin carian

Anda mahukan entri anda sentiasa dicari, tercari, di cari-cari

TETAPI anda tidak tahu bagaimana caranya

JADI Anda perlu baca entri ini

Optimum keyword dalam entri blog. Bagaimanakah cara untuk terapkan keyword dalam sesebuah entri?  Keyword = Kata kunci. Selama menulis blog, pernahkah anda terfikir bagaimanakah cara untuk selitkan atau aplikasi keyword dalam entri. Mungkin Majoritinya kata tidak. Begitu juga saya, hanya tahu menulis tetapi tidak tahu cara untuk terapkan keyword dengan sempurna.

Sebelum memulakan atau merungkaikan cara terapkan keyword, Anda tahu ke tidak apa tu keyword?

APA ITU KEYWORD

Keyword adalah isi penting yang terdapat dalam sesebuah entri. Dalam erti kata lain sesuatu perkataan yang anda ingin sampaikan kepada pembaca.

Untuk lebih terperinci lagi penerangannya dan teknik rahsia yang berkaitan keyword anda boleh baca di : APA ITU KEYWORD

Berbalik kepada tajuk pertama iaitu optimum atau cara terapkan keyword dalam blog.

1) Perenggan Pertama dan Akhir

Digalakkan cuba praktiskan diri dalam letakkan keyword pada perenggan pertama entri. Sebab apa?

Enjin carian seperti google selalu akan capture ayat awal (perenngan pertama) dalam entri. Jadi keyword perlu diletakkan pada posisi yang tepat agar dapt terindeks dalam enjin carian.

2)Alt tag, dan Edit Nama pada Gambar

Setiap kali hendak muat naik gambar pada entri, jangan lupa semak nama pada gambar tersebut. Pastikan nama tersebut berseseuaian dengan gambar. Contoh gambar payung, jadi namakan gambar tersebut dengan payung.

Enjin carian tidak suka kepada gambar seperti yang namanya tidak diketahui seperti D1965, PIC123... Kerana lelabah enjin carian tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

Berkaitan dengan Alt Tag. Teknik ini dilakukan selepas muat naik gambar dalam Entri. Alt Tag ini berfungsi dalam menyelitkan keyword pada gambar. Sebabnya robot crawl tidak dapat baca atau menterjemahkan gambar. Jadi Alt tag akan menjadi orang perantaraan dalam memberitahu apa isi kandungan gambar tersebut.

Untuk Lebih pendedehan dan teknik masukkan Alt Tag pada gambar rujuk sini:

Guna Alt Tag Pada Gambar Untuk Mesra SEO

3) Tajuk Entri


Heading

Tajuk entri sangat memainkan peranan penting untuk entri berada di persada enjin carian seperti google. Jadi perlunya masukkan keyword pada  tajuk entri supaya peluang entri untuk berada halaman utama google cerah.

Secara ringkasnya
  • Letakkan keyword sekurang-kurangnya satu pada tajuk entri
  • Pengulangan keyword pada tajuk entri digalakkan

4)Permalink

Permalink merupakan url blog. Ia adalah lokasi terbaik dalam meletakkan keyword yang di target. 

Untuk pengguna blogspot anda boleh edit permalink di sini:

Keyword

Perhatian: Isikan dengan kata kunci yang penting sahaja iaitu berkaitan dengan entri.

    Akhir Kata

    Bijak dalam mengatur keyword dalam entri memberi satu bonus kepada anda seperti trafik blog. Tahukah anda blog yang tiada unsur SEO pun boleh mendapat traffik yang tinggi. Sebab APA? Kerana blog tersebut mempuyai keyword yang kukuh/mantap. Jadi fikir-fikirlah.

    Kesan Penggunaan Keyword Yang  Betul. Anda boleh search di google "apa itu keyword". Untuk lebih memahami. :)

    teknik seo
    Top 4 "apa itu keyword"


    Sekian.

    p/s: Sesiapa ada akaun G+ bolehlah komen di komentar google plus. hehe


    Tidak ada komentar:

    Posting Komentar