Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Gambar Lelaki Dihukum Sebat 2080 Kali Kerana Merogol Anak Sendiri




Kerana kesalahan merogol anak perempuannya sendiri, di Arab Saudi seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun dan dihukum sebat sebanyak 2080 sepanjang tempoh dipenjarakan. Baca berita penuh…
SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.
Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.
Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.
Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.
Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

Read More..

Senin, 30 Desember 2013

SERIUS GEMPAR APABILA GAMBAR JESUS MUNCUL DI DALAM BUKU PANDUAN HAJI


jesus indo
SERIUS INDO – GEMPAR APABILA GAMBAR JESUS MUNCUL DI DALAM BUKU PANDUAN HAJI | Di Indonesia berlaku kegemparan apabila gambar Jesus ditemui tercetak di dalam sebuah buku panduan haji yang diedarkan kepada bakal haji dariBengkulu, Sumatra. Di dalam buku tersebut, gambar Jesus sedang mengembala kambing dengan ayat “Yesus dan gembala yang baik” tertulis dibawahnya.
Paling mengejutkan risalah panduan ini dihasilkan oleh Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh Kementerian Agama Republik Indonesia sendiri.
Pegawai dari Kementerian Agama Kota Bengkulu mahukan insiden ini disiasat kerana pada pendapat mereka gambar Jesus ini tidak mungkin tercetak secara tak sengaja tanpa disedari pihak berwajib. Pada masa yang sama kesemua 280 bukuamalan haji yang diedarkan kepada bakal haji terus diperiksa bagi memastikan tiada gambar Jesus di dalamnya.

Macam mana gambar Jesus oleh muncul di dalam buku amalam ni? Warga saiber Indonesia merasakan ini tindakan khianat golongan tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian negara mereka untuk kepentingan peribadi. Mereka menggesa supaya orang ramai supaya tidak mudah mengamuk dan melenting atas insiden kecil ini.
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Festival Kembar Di Hungary 10 Gambar

Di Szigethalom, Hungary 21 Julai yang lalu telah diadakan festival kembar yang ke 13. Acara tahunan ini mengumpulkan kembar dari serata negara Hungary. Antara event yang diadakan ialah pertunjukan ratu kembar. Why? Coz twin beauties are better than one right? Definitely better than ratu rumah orang tua. hew hew! Enjoice!







Read More..