Tampilkan postingan dengan label pendera. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pendera. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Tertuduh Pendera Kanak Kanak Menangis Di Kandang Tertuduh


KUALA LUMPUR — Pemilik Taska Permata Harapan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.

Rozita Awang, 35, didakwa menganiaya mangsa berumur setahun lapan bulan yang berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Ibu kepada enam cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu taska di Taman Melati, Sentul di sini pada 11.35 pagi, 18 Okt lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Suami wanita itu yang bekerja sebagai pemandu teksi hadir di mahkamah sambil memangku anak bongsunya berumur setahun setengah di tempat duduk awam bersama lima lagi anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin tetapi terpulang kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk memberikannya atau tidak. Peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai enam anak yang masih kecil dan berasal daripada keluarga sederhana.

Muhammad Syazwan berkata anak guamnya memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang tempoh reman enam hari dan suami tertuduh yang merupakan penjaminnya berjanji akan membawa isterinya hadir di mahkamah pada perbicaraan kes itu.

Rozita kelihatan menangis di dalam kandang tertuduh semasa peguamnya berhujah mengenai jaminan.

Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis untuk sebutan.

“Selepas mendengar rayuan peguam dan memandangkan tertuduh mempunyai anak yang masih kecil dan menyusu badan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin,” katanya.

Suami tertuduh membayar jaminan itu.  — BERNAMA
Read More..

Minggu, 02 Februari 2014

Mahkamah Tolak Rayuan Pendera Nirmala Bonat Kekal 12 Tahun Penjara


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 12 tahun terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan pembantu rumah Indonesianya, Nirmala Bonat, lapan tahun lepas.
Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim, Datuk Clement Allan Skinner, yang berpendapat tidak ada sebab untuk mahkamah tersebut mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika ditahan reman pada 2008.
Oleh itu, Yim hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan.
Sejurus selepas keputusan, Yim, 44, kelihatan menangis dan memeluk suami, anggota keluarga serta rakan yang berada di galeri awam.
Dia akan menjalani hukuman di Penjara Kajang mulai Isnin.
Mahkamah Tolak Rayuan Pendera Nirmala Bonat, Kekal 12 Tahun Penjara
Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Yim, 44, berdepan empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadapNirmala di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.
Dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala dengan seterika panas serta air panas dan dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada pertuduhan keempat iaitu mencederakan Nirmala dengan cawan logam.
Ketika merayu di Mahkamah Tinggi, hukuman penjara Yim dikurangkan kepada 12 tahun.
Read More..